Peluang Ada, Kongsi Jangan Simpan! 💼
Kategori ini khas untuk anda yang ingin mencari kerja, menambah kemahiran atau berkongsi peluang bermanfaat dengan komuniti MyKelantan. Marilah kita bantu sesama sendiri, tak kira kerja tetap, sambilan, kontrak atau peluang bisnes kecil-kecilan.
Antara topik yang dialu-alukan :
1. Iklan jawatan kosong (swasta / kerajaan / GLC / NGO)
2. Maklumat temuduga terbuka atau pengambilan khas
3. Peluang bisnes & pendapatan sampingan
4. Latihan industri dan program internship
5. Kursus & bengkel kemahiran (TVET, eUsahawan, dsb.)
6. Tip temuduga, CV, resume dan pengalaman kerja
Nota : Pastikan info sahih & bukan scam. Sertakan maklumat penuh & sumber rasmi jika boleh.

Pengambilan Pelatih Baharu Kursus Program Kemahiran Hidup MAIK

  • mykelantan
  • Topic Author
  • New Member
  • New Member
More
2 years 8 months ago - 2 years 8 months ago #60 by mykelantan
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menawarkan pengambilan baharu pelatih kursus Program Kemahiran Hidup MAIK untuk kemasukan Januari - Ogos 2023.

✳️KURSUS YANG DITAWARKAN
  • Kursus Jahitan Pakaian Lelaki dan Wanita
  • Kursus Sulaman (Wanita Sahaja)
  • Kursus Automotif (Membaiki Motosikal – Lelaki Sahaja)
✳️SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
  • Warganegara Malaysia, peranakan Kelantan yang berumur antara 18 hingga 25 tahun pada tarikh kursus bermula.
  • Bujang.
  • Berkelulusan sekurang-kurangnya PMR atau mana-mana kelulusan yang setaraf dengannya serta berkebolehan membaca dan menulis dengan baik.
  • Beragama Islam dan hendaklah terdiri daripada golongan asnaf sama ada dari golongan fakir, miskin atau mualaf.
✳️CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah menggunakan borang yang disediakan dan boleh didapati secara percuma pada waktu pejabat di:
Kaunter Tingkat 3
Bahagian Pembangunan
Unit Pembangunan Sosio Ekonomi,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Balai Islam Lundang,
15200 Kota Bharu
✳️TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Borang yang lengkap hendaklah dihantar kepada alamat di bawah SEBELUM ATAU PADA 1 NOVEMBER 2022 - 30 NOVEMBER 2022.

YABRS. Timbalan Yang Dipertua
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Balai Islam Lundang,
15200 Kota Bharu

Keterangan lanjut boleh hubungi:
09-7481512 sambungan 277/278

 
Last edit: 2 years 8 months ago by mykelantan.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Time to create page: 0.468 seconds