Peluang Ada, Kongsi Jangan Simpan! 💼
Kategori ini khas untuk anda yang ingin mencari kerja, menambah kemahiran atau berkongsi peluang bermanfaat dengan komuniti MyKelantan. Marilah kita bantu sesama sendiri, tak kira kerja tetap, sambilan, kontrak atau peluang bisnes kecil-kecilan.
Antara topik yang dialu-alukan :
1. Iklan jawatan kosong (swasta / kerajaan / GLC / NGO)
2. Maklumat temuduga terbuka atau pengambilan khas
3. Peluang bisnes & pendapatan sampingan
4. Latihan industri dan program internship
5. Kursus & bengkel kemahiran (TVET, eUsahawan, dsb.)
6. Tip temuduga, CV, resume dan pengalaman kerja
Nota : Pastikan info sahih & bukan scam. Sertakan maklumat penuh & sumber rasmi jika boleh.

Kekosongan Jawatan di Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

  • mykelantan
  • Topic Author
  • New Member
  • New Member
More
2 years 1 month ago #69 by mykelantan
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) seperti berikut :

1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29) – Kontrak [ Syarat Kelayakan ]

Gaji Permulaan yang lebih tinggi boleh ditetapkan oleh pihak MAIK berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

Cara Memohon
  • Permohonan hendaklah dibuat melalui link berikut: bit.ly/43mB7DL
  • Slip Pengesahan Permohonan (klik: bit.ly/3nRmBk4 ) hendaklah dicetak dan dikembarkan bersama RESUME (dibuat secara berasingan) dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan.
  • Permohonan hanya akan diproses apabila pemohon menghantar RESUME lengkap beserta salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat-surat berkaitan yang telah disahkan oleh pegawai perkhidmatan gred 41 dan ke atas.
  • RESUME lengkap (disertakan gambar berukuran passport) hendaklah mengandungi maklumat berikut: Maklumat Diri, Nombor Kad Pengenalan, Nombor Telefon Bimbit, Maklumat Akademik, Maklumat Ko-Kurikulum, Pengalaman Kerja, Rujukan
  • Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima tidak akan dilayan
Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:
YABrs. Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.
SEBELUM ATAU PADA : 21 JUN 2023

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Time to create page: 0.239 seconds