Peluang Ada, Kongsi Jangan Simpan! 💼
Kategori ini khas untuk anda yang ingin mencari kerja, menambah kemahiran atau berkongsi peluang bermanfaat dengan komuniti MyKelantan. Marilah kita bantu sesama sendiri, tak kira kerja tetap, sambilan, kontrak atau peluang bisnes kecil-kecilan.
Antara topik yang dialu-alukan :
1. Iklan jawatan kosong (swasta / kerajaan / GLC / NGO)
2. Maklumat temuduga terbuka atau pengambilan khas
3. Peluang bisnes & pendapatan sampingan
4. Latihan industri dan program internship
5. Kursus & bengkel kemahiran (TVET, eUsahawan, dsb.)
6. Tip temuduga, CV, resume dan pengalaman kerja
Nota : Pastikan info sahih & bukan scam. Sertakan maklumat penuh & sumber rasmi jika boleh.

Kekosongan Jawatan di Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan

  • mykelantan
  • Topic Author
  • New Member
  • New Member
More
2 years 4 weeks ago #70 by mykelantan
Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan.

A. JAWATAN AKADEMIK
  1. Profesor (Gred K7)
  2. Profesor Madya (Gred DM53)
  3. Pensyarah Kanan (Gred DM51)
  4. Pensyarah (Gred DM45)
B. JAWATAN PENTADBIRAN
  1. Pembantu Pustakawan (Gred S19)
  2. Kerani (Penerbitan) (Gred N19)
Syarat dan kelayakan boleh dirujuk di sini .

CARA MEMBUAT PERMOHONAN
  • Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan UiTM
  • Sila kemukakan salinan permohonan (berformat PDF) melalui link seperti berikut: forms.gle/32idWVPFigPMqEZL6
  • Borang/dokumen yang tidak lengkap, tidak jelas dan kabur tidak akan diproses.
  • Hanya calon-calon yang layak akan disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. Sekiranya anda terpilih untuk ditemu duga, sila bawa bersama dokumen asal dan satu (1) salinan borang yang telah dicetak dan disahkan ke sesi temu duga.
  • Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
  • Pemohon-pemohon yang menuntut di Tahun Akhir Universiti Awam/Swasta adalah tidak dibenarkan membuat sebarang permohonan jawatan kecuali keputusan semester akhir telah diperakukan oleh SENAT.
Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Khamis, 22 Jun 2023.

Maklumat Lanjut :  kelantan.uitm.edu.my/index.php/en/info-a...emik-dan-pentadbiran

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Time to create page: 0.214 seconds