Peluang Ada, Kongsi Jangan Simpan! 💼
Kategori ini khas untuk anda yang ingin mencari kerja, menambah kemahiran atau berkongsi peluang bermanfaat dengan komuniti MyKelantan. Marilah kita bantu sesama sendiri, tak kira kerja tetap, sambilan, kontrak atau peluang bisnes kecil-kecilan.
Antara topik yang dialu-alukan :
1. Iklan jawatan kosong (swasta / kerajaan / GLC / NGO)
2. Maklumat temuduga terbuka atau pengambilan khas
3. Peluang bisnes & pendapatan sampingan
4. Latihan industri dan program internship
5. Kursus & bengkel kemahiran (TVET, eUsahawan, dsb.)
6. Tip temuduga, CV, resume dan pengalaman kerja
Nota : Pastikan info sahih & bukan scam. Sertakan maklumat penuh & sumber rasmi jika boleh.

Jawatan Kosong di Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad (KOOPGURU)

  • mykelantan
  • Topic Author
  • New Member
  • New Member
More
1 year 9 months ago #79 by mykelantan
Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon Warga Negara Malaysia yang berkelayakan serta sihat tubuh badan dan usia semasa semohon 21 hingga 35 tahun bagi mengisi jawatan berikut :
  1. Penolong Eksekutif Kewangan (Diploma Perakaunan/Diploma Pengurusan Perniagaan/kelayakan profesional LCCI atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya)
  2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Diploma dalam bidang Sains Komputer, Kejuruteraan Komputer, Pengurusan Teknologi atau setaraf dengannya)
Taraf Jawatan : Kontrak
Gaji Permulaan : RM1,623.00 sebulan

Lain-Lain Kemudahan :
  1. Elaun Khidmat Koperasi (EKK)
  2. Elaun Sara Hidup (COLA)
  3. Kemudahan Perubatan
  4. Lain-lain kemudahan yang sedang berkuatkuasa di Koperasi.
Cara Memohon

Pemohon-pemohon yang berminat dijemput mengemukakan permohonan (cover letter) dengan memberi maklumat peribadi dan melampirkan salinan siil-sijil, dokumen-dokumen berkaitan serta sekeping gambar terbaru berukuran paspot kepada :
Setiausaha Lembaga,
Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad,
Lot 2333, Bangunan Koop Guru Padang Bongor,
Jalan Pengkalan Chepa,
15400 Kota Bharu, Kelantan.
No Telefon : 09-7482481/7448093
(UP: Eksekutif Pentadbiran)
(email : [email protected])
web : koopguru.com.my/

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 12 OKTOBER 2023 (KHAMIS) JAM 4.00 PETANG

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Time to create page: 0.250 seconds