Peluang Ada, Kongsi Jangan Simpan! 💼
Kategori ini khas untuk anda yang ingin mencari kerja, menambah kemahiran atau berkongsi peluang bermanfaat dengan komuniti MyKelantan. Marilah kita bantu sesama sendiri, tak kira kerja tetap, sambilan, kontrak atau peluang bisnes kecil-kecilan.
Antara topik yang dialu-alukan :
1. Iklan jawatan kosong (swasta / kerajaan / GLC / NGO)
2. Maklumat temuduga terbuka atau pengambilan khas
3. Peluang bisnes & pendapatan sampingan
4. Latihan industri dan program internship
5. Kursus & bengkel kemahiran (TVET, eUsahawan, dsb.)
6. Tip temuduga, CV, resume dan pengalaman kerja
Nota : Pastikan info sahih & bukan scam. Sertakan maklumat penuh & sumber rasmi jika boleh.

Jawatan Kontrak Di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

  • mykelantan
  • Topic Author
  • New Member
  • New Member
More
1 year 8 months ago #80 by mykelantan
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada kelahiran Negeri Kelantan bermastautin di Negeri Kelantan)
yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan Kontrak (Contract For Service) / Jawatan Berasaskan Caruman (JBC) di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan seperti yang dinyatakan di bawah :

1. Akauntan WA41
2. Pegawai Tadbir N41
3. Pegawai Syariah LS41
4. Pegawai Undang-Undang L41
5. Penolong Pegawai Pertanian G29

Cara Memohon
1. Permohonan jawatan ini hendaklah diisi secara online sahaja 
2. Calon hanya dibenarkan memohon satu jawatan sahaja.

Permohonan hendaklah dihantar sebelum atau pada 28 Oktober 2023(Sabtu), jam 11.59 malam

Sumber :  jawatankosong.kelantan.gov.my/

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Time to create page: 0.236 seconds