Perkembangan Terkini, Suara Komuniti.
Isu-isu semasa membentuk pandangan kita terhadap dunia. Di sini, ahli forum boleh berkongsi dan berbincang secara sihat tentang perkara-perkara penting yang berlaku di sekeliling kita.
Topik yang dialu-alukan :
1. Isu dalam negeri Kelantan (alam sekitar, ekonomi, pentadbiran dan sebagainya)
2. Isu nasional (politik, pilihan raya, harga barang, pendidikan, kesihatan, dll.)
3. Isu antarabangsa (konflik global, bencana, diplomasi, perubahan iklim, dsb.)
4. Peristiwa semasa yang tular atau trending
Nota penting : Sila jaga adab dan bahasa. Elakkan fitnah, sentimen kebencian, atau penyebaran berita palsu.

Kemarau: Empat lokasi di Kelantan berisiko kebakaran hutan

  • mykelantan
  • Topic Author
  • New Member
  • New Member
More
2 years 3 months ago #65 by mykelantan
[justify]KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengenal pasti empat lokasi berisiko di negeri ini yang sering berlaku kebakaran hutan setiap kali musim kemarau.

Pengarahnya, Zainal Madasin berkata, lokasi 'panas' berkenaan ialah Bachok, Pasir Mas, Gua Musang dan Kota Bharu.

"Pada masa sama, kita turut menghadkan cuti semua pegawai dan anggota bagi menghadapi kemarau yang sedang melanda ketika ini," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Menurut beliau, JBPM Kelantan sudah mengadakan mesyuarat bagi menyelaras tindakan kecemasan jika kebakaran hutan berlaku di negeri ini.

Ujarnya, pemeriksaan kesemua peralatan dan kelengkapan memadam kebakaran turut dilakukan bagi memastikan semua berada dalam keadaan terbaik.

Tambah Zainal, pihaknya juga akan memohon bantuan dari negeri berdekatan jika keadaan memerlukan.

"Kita mempunyai 27 jentera dan 24 pam angkut di seluruh negeri. Bagi kawasan yg tidak dapat diakses jentera, anggota menggunakan pemerap api (fire bitter)," katanya.

Sumber : Sinar Harian [/justify]

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Time to create page: 0.208 seconds